Rabu, 28 Januari 2009

Falsafah 5 Jari


  1. Ada si gendut ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
  2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah
  3. Ada si jerangkung jari tengah yang sombomg dan suka menghasut jari telunjuk.
  4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
  5. Dan ada jari kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (ingatkah anda di waktu kecil kalau kita berbaikan dengan musuh kita pasti saling sentuh jari kelingking?)
Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing - masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, penolong anggota tubuh yang lain, melakukan pekerjaan, dan lain - lain). Pernahkah kita terbayangkan bila tangan kita hanya terdiri semuanya dari ibu jari sahaja? Falsafah ini sederhana namun sanga bererti. kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling sayang -menyayangi, saling tolong - menolong, saling bantu - membantu, bukan untuk saling tuduh - menuduh, tunjuk - menunjuk, merosak dan bahkan membunuh...

Selasa, 27 Januari 2009

Raihan - Allahu

Click this link below to download..

Raihan - Allahu.mp3

DUIT



Duit menjadi sebahagian daripada kita.. Adakah anda setuju dengan pendapat ini? Duit dapat ditafsirkan dengan pelbagai bentuk.. Antaranya cek, tunai, dan sebagainya..
Yang baiknya:

D - Doa
U - Usaha
I - Iman
T - Tawakal

Dapat diertikan dengan lain:

D - Dengki
U -
I - Isteri
T - Tamak

Harap maaf.. Kesilapan teknikal.. Short term memory..

Ahad, 25 Januari 2009

Dilema Gaza

Gaza sedang merintih kesakitan dan kedukaan yang melampau.. Namun, masih ada segelintir mahupun sedikit bilangan simpati dan ingin menghulurkan bantuan.. Ada yang masih tidak sedar akan rintihan itu.. Adakah anda terasa yang diri anda mampu untuk memberikan bantuan walaupun kita hanya manusia biasa yang ingin diberikan pertolongan? Jadi, dermalah untuk Palestin..

Sabtu, 10 Januari 2009

Assignment

Alhamdulillah, setelah penat mencari maklumat mengenai tugasan yang diberikan oleh ustaz nawawi, banyak juga maklumat yang diperoleh. Kami diberikan tugasan mengenai tajuk "Penguasaan orang Melayu dlam bidang ekonomi negara". Seperti yang kita maklum, hanya sedikit sahaja bilangan orang Melayu yang menguasai dalam bidang ekonomi negara. Kebanyakannya adalah orang cina. Adakah martabat kita di tanah air jatuh? Adakah pemikiran orang kita semakin merosot? Fikir - fikirkanlah..

Jumaat, 9 Januari 2009

Menjaga hati

Pernahkah anda terfikir kita menjaga hati orang lain sedangkan hati kita terguris? Kita ingin berbaik-baik dengan semua orang tetapi orang yang kita rapat menjadikan kita rasa bersalah hingga menyebabkan hidup kita dalam dilema. Cuba kita bayangkan jika kita ingin berkawan dengan kawan yang baru kita kenali tetapi kawan lama kita tidak lupakan. Malangnya, kawan lama kita memutuskan bahawa kalau kita ingin berkawan dengan baru, kita tidak perlu berkawan dengan kawan lama. Dalam halini, siapakah yang bersalah? Kita atau kawan kita atau kawan baru kita itu. Bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini? Hidup ini memang penuh dengan ranjau yang berliku.. Namun, kita perlu hadapinya juga..